Ahad, 9 Ogos 2015
MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM & RAMAH MESRA AIDILFITRI 2015
Multaqa Guru Pendidikan Islam
& Ramah Mesra Aidilfitri 2015
Tarikh : 8 Ogos 2015
Masa : 8.00 pg - 12.00 tghari
Tempat : Dewan Jauhari SMK Sg Kruit, Sungkai
& Ramah Mesra Aidilfitri 2015
Tarikh : 8 Ogos 2015
Masa : 8.00 pg - 12.00 tghari
Tempat : Dewan Jauhari SMK Sg Kruit, Sungkai
Khamis, 6 Ogos 2015
Rabu, 5 Ogos 2015
HALALKAH GAJI KAKITANGAN KERAJAAN?
SOALAN :
Betulkah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? Mana
buktinya? Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan
sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian,
bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang
halal ?
JAWAPAN :
Sebarang
bukti saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada
sebarang bukti, namun bagi saya bukti pembahagian akaun telah dibuat
bukanlah satu perkara asas dalam hal ini, ( sebaliknya yang asas adalah
mengapa sesebuah kerajaan itu ingin meluluskan sesuatu industri yang
haram seperti judi dan lain-lain) . Adapun dalam konteks soalan ini,
kita sedang memberikan fokus kepada pendapatan kerajaan yang TELAH PUN
bercampur.
Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money'
atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia
bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila
bercampur. Apa yang haram adalah cara perolehannya dan bukan fizikalnya.
Justeru itu, oleh kerana sememangnya terdapat perolehan
kerajaan dari sumber cukai yang halal dan haram (dari sudut Syariah dan
bukan dari sudut undang-undang), tanpa pengasingan akaun, sudah tentu
percampuran halal dan haram akan berlaku, namun ingin saya tegaskan
bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan
dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai
terbabit (pelaksana) dan pemimpin yang membuat dasar.
Langgan:
Catatan (Atom)