Ahad, 26 April 2015

PERLEMBAGAAN PEKDIS

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PINDAAN 2008) 
1.Nama
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA ("PEKDIS") selepas ini disebut 'Pertubuhan'




2.Tempat Urusan

Alamat tempat urusan Pertubuhan ialah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 10 dan 11, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau di tempat lain yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat. Tempat urusan Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3.Tujuan
(1)Merapatkan ukhuwwah Islamiah antara semua Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisma GPI serta menjaga kebajikan GPI.
(2)Menjalinkan kerjasama dengan Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
(3)Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.
(4)Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
(5)Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
(6)Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau lain-lain agensi yang berkaitan.
(7)Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
(8)Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti – aktiviti yang memberi perkhidmatan, kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan.


FUTSAL MAHABBAH AHLI-AHLI PEKDIS DAERAH BATANG PADANG

TARIKH    : 26 APRIL 2015
MASA       : 9:00 am - 01:30 pm
TEMPAT   : COURT FUTSAL TAPAH



Sabtu, 25 April 2015

AHLI JAWATANKUASA PEKDIS 2015 PPD BATANG PADANG

Pengerusi :
En. Mohamad Fauzi bin Jusoh
(SK. Pendita Za'ba)

Naib Pengerusi :
Pn. Zafidah bt. Saufi
(SK. Tapah)

Setiausaha :
En. Yusaini bin Bakir
(SK. Batu 3, Temoh)

Pen. Setiausaha
En. Khairu Subhi bin Mat Ali
(SMK Chenderiang)

Bendahari :
En. Ahmad Rizal Izra bin Zakaria
(SK. Pendita Za'ba)